Segmen pelancongan halal terus menunjukkan pertumbuhan pesat di Malaysia dan seluruh dunia, selari dengan peningkatan permintaan pengembara muslim yang mementingkan keselesaan, patuh syariah serta kemudahan ketika melancong.
Dalam pasaran yang semakin kompetitif ini, agensi pelancongan, Tripfez muncul sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang menonjol dengan menawarkan pakej pelancongan lengkap, tersusun dan sesuai untuk pengembara muslim moden.

Ditubuhkan di Malaysia, Tripfez memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman perjalanan yang mematuhi prinsip pelancongan halal.
Dengan misi memudahkan pengembara muslim mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau tentang makanan halal, arah kiblat dan hotel mesra ibadah, Tripfez berjaya membina reputasi kukuh sebagai peneraju dalam industri ini.
Antara kelebihan utama pelanggan apabila memilih pakej Tripfez ialah jaminan akses kepada restoran-restoran halal yang telah disahkan dan disaring terlebih dahulu.

Ramai pelancong muslim sering bimbang mengenai sumber makanan ketika ke luar negara, namun Tripfez memberi ketenangan minda dengan memastikan setiap destinasi merangkumi lokasi makan yang benar-benar halal dan dipercayai.
Jadi, sebagai peserta, anda hanya ‘bawa perut’ untuk menjamu selera! Selain itu, Tripfez turut memastikan setiap pelanggan menginap di hotel yang bersih, selesa dan mesra muslim.
Antara kriteria yang diberi perhatian termasuklah saiz bilik, agar mudah untuk menunaikan solat. Bilik yang sempit pasti menjengkelkan kerana tiada ruang untuk solat, sehingga ada yang terpaksa solat di atas katil.
Pemilihan penginapan yang teliti ini memberi nilai tambah kepada pelanggan, terutama mereka yang melancong bersama keluarga atau warga emas yang memerlukan keselesaan optimum sepanjang perjalanan.

Kelebihan lain yang membezakan Tripfez ialah jadual perjalanan yang teratur. Sesuai dengan tagline mereka, ‘Your Muslim Travel Expert’ program perjalanan dirangka dengan mengambil kira waktu solat, masa rehat, jarak perjalanan dan aktiviti yang seimbang.
Pendekatan ini amat penting dalam untuk pelancongan halal atau mesra muslim kerana ia memastikan aktiviti harian peserta tidak mengganggu tuntutan ibadah serta memberikan pengalaman melancong yang lebih harmoni dan tenang.
Sebagai tambahan, Tripfez turut memanfaatkan teknologi moden dalam memastikan pengalaman pelanggan lebih mudah. Platform tempahan dalam talian membolehkan pengguna memilih pakej, mendapatkan maklumat hotel mesra muslim dan menilai butiran perjalanan dengan lebih cepat.
Dengan semua nilai tambah ini, Tripfez dilihat bukan sekadar menyediakan pakej percutian, tetapi menawarkan perjalanan yang lebih terjamin, selamat dan mematuhi syariah.
Bagi pengembara muslim yang mahu meneroka destinasi antarabangsa tanpa kerisauan tentang keperluan ibadah dan halal, Tripfez mampu merealisasikan percutian anda.
Paling penting, agensi ini boleh dipercayai dan relevan kerana ia berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.tripfez.com - Getaran, 25 November 2025
