Triumph Street Triple 765 Perkenal Tiga Varian Terbaru Yang Lebih Garang Dan Agresif, Mampu Beraksi Di Trek Lumba Dengan Pantas

Cars
18 Jun 2023 • 10:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Triumph telah melancarkan model terbaharu motosikal Triumph dibawah kategori ‘sports naked’ iaitu Triumph Street Triple 765 dengan tiga varian

Triumph yang berasal dari England merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan memiliki pelbagai jenis kategori tunggang misalnya cruiser, scramble dan banyak lagi. Seperti yang sudah diketahui sebelum ini, motorsikal ini khusus dicipta sebagai motosikal premium dengan kuasa enjin 500cc ke atas.

Jika motorsikal Triumph pertama dikeluarkan pada 1902 dan kebanyakannya direka dengan penampilan yang lebih klasik, kini Triumph telah dicipta dengan reka bentuk gabungan klasik moden dan ia dilihat lebih menyerlah. 

image is not available

Berlangsung di Motoplex Petaling Jaya dan Butterworth, Penang, Triumph telah melancarkan model terbaharu motosikal Triumph dibawah kategori ‘sports naked’ iaitu Triumph Street Triple 765 dengan tiga varian. 

Barisan model ini menawarkan naik taraf yang signifikan bermula dengan Street Triple R sebagai jentera ‘streetfighter’ yang mantap. Ia didahului dengan dua varian pertamanya iaitu Triumph Street Triple dan Street Triple RS 765 yang mewakili model Street Triple paling berkuasa yang pernah dihasilkan. 

image is not available

Secara luaran, ia menampilkan reka bentuk yang sedikit kompak dan tidak terlalu besar. Disertakan dengan pemasangan lampu berkembar LED, model ini tampil garang serta bersifat agresif.

Kedua-dua model ini menggunakan enjin tiga silinder 765cc dengan kuasa kuda yang sedikit berbeza. Bagi Street Triple 765 R, ia mampu menghasilkan 118 HP manakala Street Triple 765 RS pula 128HP. Bagi tork pula, kedua-duanya berkongsi daya yang sama iaitu 80 Nm.

image is not available

Harga yang ditawarkan untuk Street Triple 765 R bermula dari RM59,900, manakala Street Triple 765 RS dari RM73,900.

image is not available

Jika anda sudah terpegun dengan dua model di atas, nanti dulu! Cuba anda lihat pula sebuah lagi varian yang turut dilancarkan sehari selepas dua model di atas iaitu Street Triple 765 Moto2 Edition.

Sekali pandang sahaja sudah nampak kehebatan  warna yang ditampilkan, cukup memukau mata! Edisi ini menawarkan spesifikasi tertinggi bagi model Street Triple dan sudah pasti versi perlumbaan ini pasti menjadi buruan buat penungang trek perlumbaan.

image is not available

Ditambah lagi dengan Lencana Moto2 pada panel badan motorsikal, badan gentian karbon dan meter digital menampakkan lagi elemen perlumbaan yang begitu membara. Ini termasuk setiap unit akan diberikan nombor siri khas sebagai lambang betapa terhad dan eksklusif yang varian ini.

image is not available

Secara keseluruhannya, Triumph edisi Moto2 ini menggabungkan elemen pecutan, penampilan, teknologi yang canggih dan prestasi yang boleh dikatakan lengkap untuk anda beraksi di atas jalan raya mahupun di trek perlumbaan

Terhad kepada 765 unit keluaran  seluruh dunia dan hanya 6 buah unit mendarat di Malaysia untuk edisi ini setakat ini. Namun sayang sekali, apa yang mengejutkan enam unit tersebut sudah habis dijual pada harga RM 89,900. Anda mungkin boleh  mencuba nasib untuk menempahnya menerusi kemasukan unit seterusnya di Malaysia.  - Getaran, 18 Jun 2023 

View Original Article