Triviaverse Ialah Sebuah Lagi Permainan Interaktif Menguji Pengetahuan Am Di Netflix

TechnologyDigital
9 Nov 2022 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix hari ini menawarkan kandungan baharu Triviaverse yang membolehkan sehingga dua pemain bertarung untuk menguji kemampuan pengetahuan am mereka. Seperti Trivia Quest dan Cat Burgler sebelum ini, Triviaverse akan memberikan beberapa soalan yang kemudian dijawab menggunakan alat kawalan jauh.

Ia boleh dimainkan seorang diri atau bersama seorang lagi pemain. Pemain yang mencatatkan markah yang paling tinggi akan menjadi pemenang dengan markah bonus diberikan sekiranya jawapan betul dapat dilakukan berterusan. Triviaverse boleh diakses oleh semua pengguna menerusi laman web dan aplikasi Netflix sekarang di peranti pintar serta telefon pintar.

View Original Article