Trofi pertama Ronaldo bersama Al-Nassr

Football
13 Aug 2023 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronaldo memacu kemenangan Al-Nassr untuk merangkul trofi Piala Juara-Juara Kelab Arab di Taif pada Sabtu. Foto AFP

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo memacu Al-Nassr untuk merangkul gelaran Piala Juara-Juara Kelab Arab setelah menewaskan Al-Hilal 2-1 dalam aksi final di Taif pada Sabtu.

Kapten Portugal itu menjadi duri dalam daging buat Al-Hilal setelah meledak dua gol sekali gus menjadi trofi pertama selepas berpindah dari Manchester United awal tahun ini.

Dalam aksi di Stadium Raja Fahd itu Al-Hilal terlebih dahulu di depan menerusi pemain tengah Brazil, Michael yang membuka jaringan enam minit selepas rehat.

Michael kemudian meraikan gol dengan mengajuk gaya 'Siu' Ronaldo.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu kemudian membalasnya dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-74 bagi mengheret permainan ke masa tambahan.

Legenda Real Madrid itu kemudian meledak gol kemenangan menerusi tandukan minit ke-98 ketika Al-Nassr kehilangan dua pemain selepas Abdulelah Al-Amri dan Nawaf Boushal dilayangkan kad merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved