Truecaller Akan Mula Menapis Panggilan Spam Di WhatsApp

TechnologyDigital
9 May 2023 • 7:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Truecaller

Minggu lalu tular di media sosial pengguna menerima panggilan suara menerusi WhatsApp yang hanya berdering sekali. Ia dilakukan berkali-kali dengan pemanggil menggunakan gambar profil wanita jelita. Terdapat teori panggilan suara secara spam ini ialah taktik terkini scam atas talian. Taktik baharu ini akan berkubur dalam masa terdekat kerana Truecaller mengumumkan sistem mereka akan disokong dalam WhatsApp untuk menapis panggilan yang tidak dikenali.

image is not available

Sokongan menapis panggilan spam ini sedang diuji di peringkat Beta pada waktu ini dengan sasaran ia diberikan kepada pengguna global sebelum penghujung bulan. Truecaller bukan sahaja akan menyokong WhatsApp tetapi aplikasi pemesejan dengan panggilan suara utama.

Truecaller berkata mereka kini mempunyai 350 juta pengguna di seluruh dunia dengan 250 juta adalah penduduk di India. Langkah menapis panggilan spam di WhatsApp dilakukan oleh Truecaller selepas menerima rungutan jumlah panggilan yang tidak diingini yang meningkat di India sejak dua minggu kebelakangan ini.

View Original Article