Trump : Amerika Syarikat Akan Menggunakan Terma “Super Intelligence (SI)” Ganti “AI” 

WorldTechnology
23 Sep 2026 • 12:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Trump : Amerika Syarikat Akan Menggunakan Terma “Super Intelligence (SI)” Ganti “AI” 

Donald Trump hari ini mengumumkan kerajaan Amerika Syarikat akan menggunakan terma “Super Intelligence” menggantikan terma “Artificial Intelligence” atau AI. Penggunaan terma baharu ini berkuat-kuasa bermula hari ini pada pelbagai penggunaan komunikasi kerajaan Amerika Syarikat, dan langkah ini diambil kerana “Artificial Intelligence” yang bermaksud kecerdasan buatan dikatakan membawa makna ia seolah-olah kecerdasan berkenaan palsu.

Donald Trump menyatakan kecerdasan berkenaan bukan palsu, sebaliknya dalam membawa maksud penawaran berkenaan adalah hebat, maka ia dijenamakan kepada “Super Intelligence” (“Adi-Cerdas”).

Pada masa yang sama, Donald Trump turut menyatakan Amerika Syarikat menolak sepenuhnya sebarang usaha untuk mengawal kecerdasan buatan. Ketika ucapan yang disampaikan di UN General Aseembly ini, Donald Trump turut menyatakan Amerika Syarikat kini mendahului dalam arena kecerdasan buatan berbanding China, serta turut menolak pelbagai laporan kebelakangan ini berkaitan dengan ancaman disebabkan oleh kecerdasan buatan terhadap manusia.

Donald Trump menekankan setiap teknologi baharu mempunyai cabaran, dan kecerdasan buatan ini tidak terkecuali. Amerika Syarikat dilihat akan mengambil posisi dalam terus memperkembangkannya dan mengalakkannya lagi, dan menolak pelbagai cadangan meminta pembangunan kecerdasan buatan ini dihadkan dan dikawal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved