Trump ancam serangan baharu ke atas Iran dalam dua hari

WorldPolitics
14 Jul 2026 • 9:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Trump ancam serangan baharu ke atas Iran dalam dua hari

WASHINGTON, 14 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Washington akan melancarkan lebih banyak serangan terhadap Iran dalam tempoh dua hari akan datang, sambil mendakwa Tehran “tidak mempunyai apa-apa” untuk menghalang serangan itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami akan menyerang mereka dengan sangat hebat malam ini dan kami akan menyerang mereka dengan hebat esok. Tiada apa yang mereka boleh lakukan mengenainya,” kata Trump pada Isnin dalam wawancara radio bersama pengulas politik dan pengacara bual bicara Hugh Hewitt.

“Mereka tidak mempunyai apa-apa. Mereka tidak mempunyai apa-apa selain hanya tahu bercakap besar,” katanya.

Trump turut membangkitkan kemungkinan menyerang sebuah kemudahan bawah tanah Iran dikenali sebagai Pickaxe Mountain yang menjadi perhatian susulan aktiviti disyaki berkaitan nuklear.

“Pickaxe mungkin menjadi sasaran bagi satu serangan besar tepat berhampiran pintu masuknya,” kata Trump sambil menambah AS “memantaunya dengan teliti”, namun ketika ini tidak melihat “sebarang aktiviti” di situ.

“Keadaan program nuklear mereka tidak berjalan dengan baik. Setiap kali kami mendengar mengenainya, kami musnahkannya.

"Jadi mereka tidak suka bercakap mengenainya. Tetapi kami mungkin akan menyerang Pickaxe dalam masa terdekat,” kata Trump.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved