Trump Angkat Sumpah Untuk Penggal Kedua, AS Bersiap Hadapi Perubahan Besar

WorldPolitics
21 Jan 2025 • 9:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Angkat Sumpah Untuk Penggal Kedua, AS Bersiap Hadapi Perubahan Besar

WASHINGTON (Bernama) — Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Saya, Donald John Trump, dengan ini bersumpah untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan setia, dan akan dengan sedaya upaya saya memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Trump dalam ucapan ringkas di Capitol AS.

Selepas majlis pelantikan, Trump dijadual meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One yang berdekatan, di mana beliau akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan presiden.

Sumber: Bernama