Trump batal caj 20 peratus Selat Hormuz, pilih perjanjian pelaburan Teluk

WorldPolitics
15 Jul 2026 • 8:02 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Trump batal caj 20 peratus Selat Hormuz, pilih perjanjian pelaburan Teluk

ISTANBUL, 15 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau memutuskan untuk menggantikan cadangan mengenakan caj pampasan sebanyak 20 peratus ke atas kargo yang melalui Selat Hormuz dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan bersama negara Teluk, lapor Anadolu Ajansi.

"Berdasarkan perbincangan yang amat produktif dengan kepimpinan Asia Barat, saya memutuskan untuk menggantikan caj bayaran balik 20 peratus kepada Amerika Syarikat dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai negara Teluk di Amerika Syarikat," kata Trump menerusi platform Truth Social.

"Pelaburan itu akan menjadi sangat besar dan pada masa sama memberikan manfaat luar biasa kepada mereka serta masa depan mereka.

"Seperti yang semua sedia maklum, kami mempunyai jumlah pelaburan dolar terbesar ke Amerika Syarikat dalam sejarah, namun pelaburan baharu ini akan meningkatkan lagi angka itu. Kami akan menyaksikan lebih banyak kilang, loji dan peralatan dibangunkan di Amerika Syarikat pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mewujudkan jutaan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Amerika," katanya.

Trump turut mendakwa bahawa bekalan minyak kini mengalir “seperti tidak pernah berlaku sebelum ini" sambil menyatakan Selat Hormuz kini "terbuka kepada semua kapal kecuali Iran, yang menurutnya berpunca daripada kepimpinan Iran yang "berbohong, ganas dan berniat jahat."

Beliau berkata AS akan melaksanakan "sekatan penuh, tetapi hanya terhadap kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran atau membawa sebarang kargo berkaitan Iran," sambil berkata "era Iran membunuh ratusan ribu orang, termasuk 52,000 penunjuk perasaan, sudah berakhir dan yang paling penting, Iran tidak akan memiliki senjata nuklear."

Terdahulu, Trump mengumumkan AS akan mengembalikan sekatan terhadap Iran dan mengambil alih tanggungjawab menjaga keselamatan Selat Hormuz, dengan menyatakan AS akan menjadi "penjaga" selat itu serta mengenakan caj sebanyak 20 peratus kepada kapal komersial sebagai bayaran bagi perkhidmatan keselamatan.

Satu memorandum persefahaman (MoU) yang dicapai pada Jun menggariskan penamatan konflik yang bermula pada Februari di semua medan, penarikan sekatan AS terhadap pelabuhan Iran serta pembukaan semula sepenuhnya Selat Hormuz.

Tentera AS melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran sejak kebelakangan ini, dengan Tehran bertindak balas menyerang aset AS di rantau Teluk. Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh melanggar perjanjian berkenaan dan turut mendakwa mempunyai kawalan ke atas laluan perairan strategik itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved