Trump dakwa Iran kaji senjata kimia, biologi tetapi perkecil ancaman

WorldPolitics
19 Nov 2026 • 1:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump dakwa Iran kaji senjata kimia, biologi tetapi perkecil ancaman

SHENZHEN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, terdapat petunjuk Iran sedang mengkaji pembangunan senjata kimia dan biologi, namun pada masa sama memperkecil kebimbangan berhubung laporan Teheran merancang menyerang pegawai kanan AS menggunakan ‘bom kotor’.

Dalam temu bual bersama Fox News pada pagi 19 November dari Shenzhen, China, Trump ditanya sama ada terdapat petunjuk bahawa ancaman yang didakwa dilakukan Republik Islam itu benar-benar wujud.

“Memang terdapat petunjuk Iran sedang mengkaji penggunaan gas dan senjata biologi kerana kita sudah menyekat mereka daripada membangunkan senjata nuklear.

“Senjata nuklear jauh lebih sukar dibangunkan dan mereka kini melihat kepada gas serta senjata biologi. Anda tahu, senjata biologi,” katanya tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

CNN sebelum ini melaporkan risikan AS menunjukkan Iran sedang merangka rancangan untuk menyasarkan pegawai kanan pentadbiran negara itu dengan meletupkan ‘bom kotor’ atau senjata kimia di Washington DC.

Pada 17 November lalu, Trump berkata AS sedang meneliti perkara berkenaan.

Ketika ditanya sama ada penduduk di ibu negara itu perlu bimbang, Trump berkata, beliau merasa tidak sambil memberi bayangan AS akan bertindak balas dengan keras sekiranya serangan seumpama itu berlaku.

“Maksud saya, lihat, jika perkara itu berlaku, kita akan menghapuskan mereka,” katanya.

Jurucakap misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan laporan mengenai rancangan penggunaan bom kotor itu, sambil menegaskan negara berkenaan menganggap penggunaan senjata kimia dalam apa jua keadaan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, menurut CNN.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih awal minggu ini berkata, pentadbiran AS sentiasa berwaspada memantau sebarang ancaman, namun setakat ini tiada ancaman yang boleh dipercayai terhadap keselamatan negara itu.

The post Trump dakwa Iran kaji senjata kimia, biologi tetapi perkecil ancaman appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved