Trump Dijadual Tiba Di Malaysia Ahad Ini Bagi Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

22 Oct 2025 • 4:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Menurut laporan Buletin TV3, pengesahan kehadiran Trump ke persidangan yang bakal berlangsung di ibu kota itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu.

Tiba di Malaysia Ahad ini

image is not available

“Maklumat yang telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri ialah Tuan Yang Terutama Donald Trump akan tiba pada 26 hari bulan.

“Sekiranya ada sebarang perubahan, pihak Kementerian Luar akan memaklumkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Tiba di Malaysia Ahad ini

Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Donald Trump ke Malaysia sejak kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat bagi penggal kedua pada November lalu.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober, menghimpunkan pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN bersama rakan dialog utama seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Sumber: Buletin TV3 (Zarif Azhan)