Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyeru China agar memulakan langkah rundingan dalam usaha meredakan ketegangan perang dagang yang semakin memuncak antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia.
Seruan itu dibuat selepas China menunjukkan ketegasan di luar jangkaan, termasuk menghentikan pembelian pesawat Boeing dan menggantung eksport bahan nadir bumi – komponen penting dalam industri pertahanan dan teknologi tinggi AS. Tindakan ini dilihat sebagai tindak balas balas terhadap tarif AS setinggi 145% ke atas produk China.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, Trump menegaskan: “Bola kini di tangan China. Mereka perlu buat perjanjian dengan kami.”
- Tular dakwaan pelajar UiTM tidak dibenarkan keluar kampus selepas kongsi video KKK?
- Tiga kali kereta diceroboh, pemilik kereta pertikai keselamatan kondo
- Mark Zuckerberg dakwa TikTok ancaman besar kepada Meta
- Siti Nurhaliza, Aina Abdul buat persembahan ikonik sambut Presiden Xi Jinping
- China perli impian Amerika nak rampas kerja kilang mereka
Leavitt turut menyatakan bahawa China, seperti negara lain, menginginkan akses kepada pengguna AS. Namun ketegasan Xi Jinping yang enggan berunding, sebaliknya memperluas strategi eksport dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran AS kepada hanya 14%, memberi isyarat bahawa China tidak mahu dilihat tunduk.
Pada masa sama, Trump turut mengkritik China di media sosial, mendakwa negara itu telah membatalkan kontrak dengan Boeing dan memberi bayangan bahawa mereka perlu hadir ke meja rundingan, sambil memuji kemajuan rundingan dengan negara-negara lain.
Laporan Financial Times menyebut Trump masih menunggu panggilan telefon dari Xi. Namun penganalisis berpandangan, China telah lama bersiap sedia dan tidak mempunyai sebab mendesak untuk mengalah dalam masa terdekat. – Agensi
The post Trump gesa China mulakan rundingan, setelah tersentak dengan ketegasan Xi appeared first on The Reporter.



