Trump henti subsidi ubat warga emas

WorldPolitics
30 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump henti subsidi ubat warga emas

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang menghentikan subsidi persekutuan untuk pelan ubat preskripsi di bawah program insurans kesihatan Medicare yang ditawarkan kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), langkah itu dijangka menjejaskan kira-kira 25 juta warga emas yang mungkin berdepan peningkatan ketara dalam kos ubat preskripsi mereka.

Memetik pegawai pentadbiran Trump, laporan itu mendakwa subsidi persekutuan bernilai AS$3.6 bilion (RM14.7 bilion) yang bertujuan mengekang kenaikan premium pelan Medicare akan dihentikan pada Disember ini.

Penerima pelan bersubsidi berkenaan dijangka mengetahui kadar premium baharu mereka pada musim luruh.

Keputusan itu berpotensi menjadi isu politik menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS pada November, dengan kos ubat preskripsi antara kebimbangan utama golongan pesara serta individu yang bergantung kepada pendapatan tetap.

Organisasi bukan berasaskan keuntungan dalam bidang dasar kesihatan, KFF, berkata premium purata bagi pelan bersubsidi itu adalah sekitar AS$36 (RM147) sebulan.

Seorang pegawai pentadbiran Trump memberitahu WSJ, kira-kira satu perempat daripada penerima pelan bersubsidi itu akan melihat premium mereka berkurang atau kekal sama pada 2027.

Sementara itu, sekitar 30 peratus lagi dijangka berdepan kenaikan premium kurang daripada AS$10 (RM40.80) sebulan.

Baki 45 peratus penerima pula akan mengalami peningkatan kos bulanan antara AS$11 (RM44.90) hingga AS$20 (RM81.70), menurut pegawai berkenaan.- AFP

The post Trump henti subsidi ubat warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved