Trump Iktiraf Kejayaan Malaysia, Jadi Pemudah Cara Dalam Isu Kemboja–Thailand

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 5:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji kejayaan Malaysia dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang dianggap sebagai satu pencapaian besar di peringkat serantau.

Trump puji Malaysia

Dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Trump menyifatkan usaha Malaysia itu mencerminkan kewibawaan negara serta keteguhan ASEAN dalam menangani konflik serantau.

“Presiden Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai pencapaian besar,” kata Anwar dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, beliau turut menegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini.

“Saya juga sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Malaysia menantikan kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan yang disifatkan sebagai platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Perbualan telefon itu berlangsung ketika beliau menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved