Trump isytihar perang Iran berakhir?

WorldPolitics
4 Sep 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump isytihar perang Iran berakhir?

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara sulit sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan perang dengan Iran telah berakhir, meskipun Jabatan Pertahanan yang lebih dikenali sebagai Pentagon secara senyap melanjutkan penempatan tentera AS di Asia Barat, lapor The Wall Street Journal.

Akhbar itu melaporkan Trump berbincang dengan pegawai kanannya mengenai sama ada untuk mengisytiharkan perang Iran berakhir, satu langkah yang dilaporkan mendapat sokongan presiden berkenaan.

Menurut laporan itu, Trump percaya tekanan ekonomi yang berterusan dan semakin hebat akhirnya akan memaksa Teheran sama ada melucutkan program nuklearnya atau rejimnya berdepan kejatuhan.

AS melancarkan Operasi Peming­giran Ekonomi ke atas Iranminggu lalu dengan me­nyasarkan sektor  ekonomi utama negara itu , termasuk sektor mi­nyak, perkapalan, penerbangan, emas, teknologi dan aset digital.

Bagaimanapun, di sebalik perbincangan sulit itu, Pentagon me­lanjutkan penempatan tenteranya, menunjukkan perang berkenaan mungkin berlarutan hingga tahun depan, lapor The Wall Street Journal.

Tentera AS mengekalkan kira-kira 50,000 anggota dan 19 kapal perang di rantau itu, termasuk dua kapal pengangkut pesawat  serta 13 kapal pemusnah peluru berpandu berpandu, bagi memberikan Trump fleksibiliti operasi.

Trump pada Rabu berkata, AS berdepan Iran bagi melindungi Israel, Asia Barat dan negara-negara Barat daripada kemungkinan serangan dari Teheran.

“Kami melakukannya untuk membantu Asia Barat. Kami melakukannya untuk membantu Israel. 

“Kami melakukannya untuk membantu diri kami sendiri kerana selepas mereka memusnahkan Israel, yang sudah pasti mereka lakukan dengan senang hati dan kemudian Asia Barat, mereka akan menyerang Eropah dan beberapa bandar kita,” kata Trump.

Beliau berkata, AS melakukan tugas dengan sangat baik dalam menghadapi Iran.

Sebelum itu, Trump memberi jaminan kepada rakyat Israel berhubung peningkatan ketegangan terbaharu dengan Teheran.

“Israel tidak perlu bimbang. Tahu kenapa? Kerana saya presi­den dan saya akan menjaga Israel,” katanya kepada penyiar Israel, KAN.

Kenyataan Trump itu mencerminkan corak lebih luas apabila beliau secara terbuka menegaskan tanggungjawab peribadinya terhadap keselamatan Israel, dengan menggambarkan soko­ngan AS kepada Tel Aviv sebagai jaminan peribadi dan bukannya sekadar hubungan sekutu yang sedia terjalin.

Ia itu dibuat ketika ketegangan baharu tercetus, sekali gus menamatkan tempoh reda pertempuran selama kira-kira sebulan.

Seramai 18 orang terbunuh, manakala 108 lagi cedera dalam serangan terbaharu AS pada malam Selasa lalu yang me­nyasarkan tapak pertahanan udara Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sistem radar, keupayaan meletakkan periuk api, kemudahan komunikasi, pelancar peluru berpandu jelajah antikapal dan pelancar dron serangan. 

 

The post Trump isytihar perang Iran berakhir? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved