
WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam mengarahkan Tasik Ontario dinamakan semula sebagai ‘Tasik Amerika’ ketika beliau meningkatkan perang perdagangan dengan Kanada, mencetuskan tindak balas segera daripada Ottawa.
Trump memperhebatkan provokasi terhadap Kanada dengan menandatangani perintah eksekutif menukar nama Tasik Ontario yang terletak di sempadan kedua-dua negara berjiran di rantau Amerika Utara itu.
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney bagaimanapun pantas menolak tindakan Trump dengan berkata, jasad air itu akan tetap dipanggil Tasik Ontario ‘dulu, kini dan selamanya’.
“Kami akan menukar nama Tasik Ontario berkuat kuasa serta-merta kepada Tasik Amerika,” kata Trump,80, kepada wartawan ketika menandatangani perintah eksekutif di White House.
Ditanya wartawan AFP mengapa beliau menyasarkan negara sekutu untuk dihukum berbanding musuh Amerika, Trump menjawab: “Pegawai Kanada telah melayan kami dengan sangat buruk. Mereka adalah orang yang jahat.” – AFP
The post Trump isytihar Tasik Ontario jadi Tasik Amerika appeared first on Kosmo Digital.




