Trump jangka rundingan dengan Iran minggu ini

WorldPolitics
28 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump jangka rundingan dengan Iran minggu ini

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Ahad bahawa beliau menjangka rundingan dengan Iran disambung semula minggu depan, walaupun menolak cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Teheran.

Pegawai Iran membawa pelan gencatan senjata selama tujuh hari ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, diikuti pembukaan semula laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Trump menolak pelan itu dan membayangkan kemungkinan menyambung semula serangan udara berskala penuh terhadap sasaran di Iran.

Namun, Presiden AS itu memberitahu platform berita Axios bahawa beliau menjangka rundingan akan disambung.

“Mereka mahu mencapai perjanjian, tetapi bukan perjanjian yang saya mahu capai,” kata Trump kepada Axios.

 “Ia adalah sesuatu yang mungkin kita persetujui setahun lalu.

Selat Hormuz merupakan laluan sempit penting bagi bekalan tenaga dunia dan kini menjadi tumpuan utama konflik antara Washington serta Teheran, yang tercetus hampir tujuh bulan lalu apabila AS bersama Israel melancarkan gelombang serangan terhadap Iran.

Pelan Iran itu menggesa semua permusuhan di Asia Barat dihentikan, termasuk di Lubnan, menurut Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dan mengembalikan syarat dalam perjanjian gencatan senjata terdahulu yang gagal dipertahankan.

Perjanjian itu, yang runtuh ketika pertempuran berkaitan Selat Hormuz, menetapkan pembebasan aset Iran yang dibekukan, penarikan balik sekatan terhadap minyak Iran dan penamatan sekatan laut oleh AS.

“Syarat kami jelas dan sebarang langkah ke arah pembukaan semula Selat Hormuz bergantung kepada pemenuhan syarat-syarat ini. Kami tidak akan berundur daripadanya,” kata Araghchi pada Ahad, menurut penyiar negara IRIB. – AFP

The post Trump jangka rundingan dengan Iran minggu ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved