Trump label Selat Hormuz ‘wilayah baharu AS’

WorldPolitics
19 Aug 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump label Selat Hormuz ‘wilayah baharu AS’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkongsi imej yang menggambarkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS, beberapa hari selepas beliau mengancam untuk mengisytiharkan laluan perairan strategik itu sebagai sebahagian daripada wilayah negara berkenaan.

Trump menerusi media sosial memuat naik imej peta Selat Hormuz yang dilabel ‘Wilayah Baharu AS’, mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai cadangan menjadikan selat itu wilayah AS.

Dalam satu acara pada 14 Ogos lalu, Trump mendakwa Tentera Laut AS sedang menguatkuasakan sekatan penuh di Selat Hormuz.

“Selepas kita selesai menewaskan Iran, yang sedang mengalami kekalahan teruk, tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam catatan berasingan, Trump turut mendakwa AS mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz dan percaya Washington mampu mengekalkan kawalan berkenaan.

Sementara itu, pegawai Iran berulang kali menegaskan Selat Hormuz tidak akan dibuka semula selagi AS tidak menghentikan campur tangan dan sekatan lautnya serta memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani antara Teheran dan Washington pada 17 Jun lalu.

The post Trump label Selat Hormuz ‘wilayah baharu AS’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved