Trump Mahu Graduan Asing Bayar Yuran $100,000 Untuk Bekerja Di Amerika

WorldPolitics
31 Jul 2026 • 3:33 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Trump Mahu Graduan Asing Bayar Yuran $100,000 Untuk Bekerja Di Amerika

Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan yuran AS$100,000 kepada pelajar antarabangsa yang ingin bekerja di Amerika Syarikat (AS) selepas tamat pengajian.

Langkah itu dijangka mengurangkan daya tarikan AS sebagai destinasi pendidikan bagi pelajar asing.

Cadangan tersebut melibatkan program Optional Practical Training (OPT) yang membolehkan graduan antarabangsa bekerja di AS selama satu hingga tiga tahun menggunakan visa pelajar. Pada 2024, kira-kira 419,000 warga asing menggunakan program itu untuk mendapatkan pengalaman kerja di AS.

Jika dilaksanakan, dasar itu bakal memberi tekanan kepada universiti yang bergantung kepada pelajar antarabangsa sebagai sumber pendapatan, selain menjejaskan syarikat teknologi dan kewangan yang banyak mengambil graduan asing daripada universiti di AS.

Cadangan itu turut dilihat sebagai alternatif kepada usaha pentadbiran Trump untuk mengenakan yuran ke atas visa H-1B, yang sebelum ini berdepan halangan undang-undang.

Selain itu, pentadbiran Trump turut meneliti cadangan mengenakan bon AS$100,000 kepada pemohon kad hijau dari luar AS sebagai sebahagian daripada usaha memperketat sistem imigresen.

Bagaimanapun, cadangan itu masih di peringkat perbincangan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan belum mendapat kelulusan rasmi Rumah Putih.

Pada masa sama, DHS dijangka mengumumkan peraturan baharu bagi menyemak semula program OPT dalam masa terdekat, sekali gus berpotensi mengubah syarat pelajar antarabangsa untuk bekerja di AS selepas menamatkan pengajian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved