
Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai CEO, Presiden dan Ahli Lembaga Pengarah NVIDIA malam semalam selepas mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Alice Huang, wanita yang dipercayai seorang perisik kepada China. Sejurus selepas pengumuman dilakukan oleh Jensen Huang, Presiden Donald Trump mengatakan beliau ingin melihat Tim Cook mengambil alih jawatan tersebut.

Dalam muatan ke Truth Social, Trump berkata hanya seorang legenda boleh menggantikan seorang legenda sebagai CEO. Pada waktu yang sama beliau memuji Huang yang melakukan tugas dengan baik di NVIDIA. Pada Selasa, Trump menggesa Huang supaya kekal sebagai CEO selepas berita hubungan sulit beliau mula dilaporkan.
Kebarangkalian Tim Cook menjadi CEO NVIDIA adalah amat rendah. Walaupun kedua-duanya adalah syarikat paling bernilai dunia, Apple dan NVIDIA sudah beberapa kali bertelagah. Bermula dengan tuduhan Steve Job bahawa NVIDIA meniru teknologi Pixar Animation. Kemudian pada tahun 2008, MacBook Pro dengan GPU NVIDIA mempunyai isu pemanasan. Akibatnya Apple menggantikan NVIDIA dengan AMD sebagai pembekal GPU mereka.
Siasatan ke atas Jensen Huang oleh Ahli Lembaga NVIDIA baru sahaja dimulakan dan dua lagi skandal hubungan sulit beliau dengan kakitangan syarikat telah didedahkan. Muncul persoalan sama ada beliau menggunakan hubungan rapat dengan Trump untuk memastikan cip kecerdasan buatan (AI) terus dijual kepada China walaupun tidak dipersetujui oleh ahli senat Amerika Syarikat.
Dakwaan lebih serius yang muncul ialah Huang menggunakan hubungan yang sama bagi mengelakkan Megaspeed, majikan Alice Huang daripada dimasukkan ke dalam senarai entiti Amerika Syarkat.,
