Trump minta Eropah bayar balik kos perang Ukraine

WorldPolitics
4 Sep 2026 • 9:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump minta Eropah bayar balik kos perang Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Khamis bahawa beliau akan meminta negara-negara Eropah membayar balik bantuan Amerika yang disalurkan kepada Ukraine di bawah pentadbiran pendahulunya, Joe Biden.

Trump sejak sekian lama menuntut agar negara-negara Eropah menanggung lebih banyak kos sokongan Barat kepada Ukraine dalam perang menentang Russia yang telah berlangsung lebih empat tahun.

“Beratus-ratus bilion dolar diberikan kepada Ukraine dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) secara percuma, yang sepatutnya dibayar oleh Eropah  jika mereka hanya diminta. “Tetapi kami akan meminta wang itu, walaupun agak lewat,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Presiden Amerika itu tidak menjelaskan negara-negara mana yang beliau maksudkan sebagai pihak yang perlu membuat bayaran tersebut. – AFP

The post Trump minta Eropah bayar balik kos perang Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved