Trump perlekeh pemenang Hadiah Nobel, anggap beliau patut menang

WorldPolitics
10 Oct 2026 • 11:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trump perlekeh pemenang Hadiah Nobel, anggap beliau patut menang

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengecam pilihan Hadiah Keamanan Nobel  sebagai ‘memalukan’ dan  memberikan ‘aib’ kepada Norway, sambil berhujah anugerah itu sepatutnya diberikan kepadanya.

Hakim Afrika Selatan dan pejuang hak asasi manusia, Navi Pillay memenangi anugerah berprestij itu semalam,  sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau menentang jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Trump melabelkan pilihan Jawatankuasa Nobel Norway itu sebagai ‘keputusan memalukan dan mengecewakan’ sambil  memberitahu perhimpunan penyokongnya di Syracuse, New York bahawa beliau ‘tidak pernah mendengar’ tentang Pillay.

“Saya tidak pernah mendengar tentang individu ini tetapi apa pun, tahniah.

“Amerika Syarikat yang diwakili oleh saya sebagai presiden anda, sepatutnya menerima Hadiah Keamanan Nobel, tetapi (beliau) tidak mendapatnya,” kata Trump.

Sejak kembali ke White House  pada Januari 2025, Trump tidak merahsiakan kehendaknya untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel.

Hadiah itu menampilkan  pingat emas, diploma dan ganjaran AS$1.2 juta (RM4.9 juta). – AFP

 

The post Trump perlekeh pemenang Hadiah Nobel, anggap beliau patut menang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved