Trump Puji Peranan Malaysia Selesai Konflik Sempadan Thailand-Kemboja

26 Oct 2025 • 12:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump puji peranan penting Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik ketenteraan di sempadan Thailand dan Kemboja baru-baru ini.

image is not available

Trump puji peranan Malaysia, kagum kepimpinan PM Anwar

Memetik laporan dari Bloomberg, Trump ketika dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur menaiki pesawat rasmi Air Force One menzahirkan rasa kagum terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya memainkan peranan besar dalam rundingan damai dua negara jiran itu.

“Salah satu sebab saya mengunjungi Malaysia adalah kerana mereka sangat, sangat terlibat dalam keseluruhan perkara itu (rundingan damai Thailand dan Kemboja), Thailand dan semuanya.

“Saya beritahu pemimpin Malaysia (Anwar), beliau adalah seorang yang sangat baik. Saya kata, saya berhutang anda satu lawatan,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One.

image is not available

Trump akan tandatangan perjanjian Damai Thailand-Kemboja

Trump juga dijangka menandatangani Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Malaysia, sekali gus mengiktiraf peranan aktif negara ini dalam memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

image is not available

Difahamkan, beliau telahpun tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Bloomberg