Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

WorldCars
5 Dec 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.

Trump berkata, kereta kecil itu, mirip Volkswagen Beetle dilihat agak comel dan berfikir bagaimana sambutan jualannya di AS.

"Kebanyakan pengguna berminat dengan pengeluaran kereta bersaiz kecil, namun pengeluar kereta sebelum ini tidak dibenarkan membina kereta seperti itu.

image is not available

"Saya sudah memberi kuasa kepada Setiausaha (Jabatan Pengangkutan) untuk meluluskan pengeluaran kereta berkenaa dengan segera, jadi rakyat akan dapat membelinya," katanya kepada media di Pejabat Oval, Rumah Putih, semalam.

Trump bekata, beberapa syarikat Jepun seperti Honda menghasilkan reka bentuk kereta kecil yang cantik dan sangat menarik.

"Sebelum ini ia tidak dibenarkan dihasilkan di AS dan yakin kereta kecil berkenaan akan mendapat sambutan hangat serta pasaran yang besar.

"Kereta berkenaan sangat baik, lebih murah dan memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki kereta baharu berbanding kereta lama yang mungkin kurang memuaskan. Syarikat automotif kini boleh mula mempertimbangkan peluang ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved