Trump tawar ganjaran AS$1 juta untuk maklumat penipuan pengundi

WorldPolitics
27 Oct 2026 • 11:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump tawar ganjaran AS$1 juta untuk maklumat penipuan pengundi

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin mengumumkan ganjaran AS$1 juta (RM4.04 juta) bagi maklumat mengenai penipuan pilihan raya, dalam usaha terbaharu menimbulkan keraguan menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS serta mengulangi dakwaan palsunya bahawa beliau memenangi pilihan raya 2020.

Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha baharu beliau untuk menimbulkan keraguan terhadap integriti proses pilihan raya, di samping mempertahankan dakwaan tidak berasas berhubung kemenangannya pada Pilihan Raya Presiden 2020.

“Sesiapa yang melaporkan penipuan pilihan raya dalam pilihan raya lalu atau pilihan raya pertengahan penggal 2026 yang akan datang akan dibayar AS$1 juta selepas mereka yang melakukan penipuan itu ditangkap dan disabitkan kesalahan!” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan sumber pembiayaan ganjaran berkenaan mahupun kaedah pentadbiran bagi pengagihan wang tunai tersebut.

Pengumuman itu dibuat menjelang pilihan raya pada 3 November ini, ketika beberapa tinjauan pendapat menunjukkan parti Demokrat semakin mendahului, manakala Republikan berjuang keras untuk mengekalkan penguasaan di Dewan Senat dan Dewan Republikan.

Kemenangan parti Demokrat berisiko menyekat agenda pentadbiran Trump serta mendedahkan kerajaan beliau kepada pelbagai siasatan Kongres sepanjang dua tahun terakhir perkhidmatannya di Rumah Putih.

Beberapa kajian sebelum ini secara konsisten mendapati kes penipuan pengundi adalah sangat jarang berlaku di AS, terutamanya pengundian oleh bukan warganegara yang sememangnya dilarang di bawah undang-undang persekutuan.

Pengumuman Trump itu menyusuli beberapa janji luar biasa menjelang pilihan raya, termasuk tawaran AS$5,000 (RM20,426)  kepada setiap warga dewasa Amerika jika Republikan berjaya mengekalkan penguasaan di kedua-dua dewan Kongres

Cadangan itu melibatkan kos lebih AS$1 trilion (RM4.04 trilion) yang memerlukan kelulusan legislatif. – AFP/AGENSI

 

The post Trump tawar ganjaran AS$1 juta untuk maklumat penipuan pengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved