Trump tetapkan tarif 100 peratus pada import farmaseutikal tertentu

WorldBusiness & Finance
3 Apr 2026 • 10:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

NEW YORK, 3 APRIL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengenakan tarif ad valorem 100 peratus ke atas import farmaseutikal tertentu yang dipatenkan dan bahan farmaseutikal berkaitan, lapor Xinhua.

Dalam perintah eksekutif yang ditandatangani pada Khamis, Trump berkata import terbabit adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan negara AS."

Tarif yang dikenakan akan berkuat kuasa pada atau selepas 12:01 tengah malam waktu siang timur pada 31 Julai 2026.

Tarif adalah sebanyak 20 peratus untuk produk syarikat yang mempunyai, atau yang berkemungkinan tidak lama lagi mempunyai, rancangan memindahkan operasi ke negara asal (onshoring) yang diluluskan oleh setiausaha perdagangan AS, namun akan meningkat kepada 100 peratus pada 2 April 2030, menurut perintah itu.

Jepun, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan Switzerland bersama Liechtenstein yang telah mencapai perjanjian perdagangan dengan AS akan dikenakan tarif 15 peratus manakala Britain akan berdepan tarif 10 peratus, menurut perintah itu.

Produk farmaseutikal generik, biosimilar dan bahan berkaitan telah dikecualikan daripada tarif pada masa ini, termasuk ubat nuklear, terapi terbitan plasma, rawatan kesuburan dan terapi sel dan gen, menurut perintah itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved