Trump Tidak Bercadang Lanjutkan Gencatan Senjata Dengan Iran

WorldPolitics
15 Apr 2026 • 4:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Tidak Bercadang Lanjutkan Gencatan Senjata Dengan Iran

WASHINGTON, 15 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau tidak mempertimbangkan untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran, menurut wartawan ABC News Jonathan Karl pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Trump tidak fikir pelanjutan itu akan diperlukan, kata Karl di platform media sosial X.

"Saya fikir anda akan melihat sesuatu yang menakjubkan dua hari akan datang," kata Trump, menurut Karl.

Karl berkata Trump membayangkan bahawa konflik itu boleh berakhir sama ada menerusi penyelesaian yang dirundingkan atau melalui tindakan ketenteraan yang menghapuskan keupayaan Iran.

"Ia boleh berakhir dengan salah satu cara, tetapi saya fikir perjanjian lebih baik kerana kemudian mereka (Iran) boleh membina semula (negara). Mereka benar-benar mempunyai rejim yang berbeza sekarang. Tidak kira apa pun, kami telah menghapuskan (pihak) radikal..." Trump dipetik sebagai berkata.

Menurut Karl, Trump turut membuat "dakwaan luar biasa" mengenai peranannya di pentas global iaitu "jika saya bukan presiden, dunia akan hancur.”

Baca juga:

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved