Trump Tuduh Iran Menggunakan AI Sebagai Senjata Menyebarkan Maklumat Palsu

WorldPolitics
16 Mar 2026 • 5:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Presiden Donald Trump yang hari ini menuduh Iran menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata untuk menyebarkan maklumat palsu. Beliau turut menuduh media Barat bersekongkol dengan Iran untuk menyebarkan berita palsu dijana AI tanpa mengemukakan bukti.

image is not available

Beliau memetik insiden video tular di media kapal induk USS Abraham Lincoln diserang menggunakan bot kamikaze yang disahkan sebenarnya adalah serangan ke atas kapal tangki di Basra. Rungutan terkini Trump ini dikeluarkan sehari selepas pengerusi FCC mengancam untuk menarik lesen penyiar Amerika Syarikat yang memberikan liputan negatif serangan Amerika-Israel ke atas Iran sejak dua minggu lalu yang dituduh tidak adil.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump adalah hipokrasi besar kerana beliau sudah beberapa kali menggunakan AI untuk menjana video yang mengandungi maklumat palsu bagi menyerang musuh politik beliau. Hanya Trump boleh menggunakan AI untuk kandungan propaganda palsu dan apabila terkena hidung sendiri dialah juga yang paling kuat merengek.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved