Trump Umum Kenaikan Tarif 100 Peratus Ke Atas Produk Farmaseutikal

WorldBusiness & Finance
26 Sep 2025 • 2:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Umum Kenaikan Tarif 100 Peratus Ke Atas Produk Farmaseutikal

WASHINGTON, 26 Sept (Bernama-dpa) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis mengumumkan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal muali 1 Okt, yang boleh dielakkan oleh pengeluar sekiranya mereka membina kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump mentakrifkan pembinaan loji farmaseutikal sebagai sama ada “pecah tanah” atau sedang “dalam pembinaan.”

“Oleh itu, tiada tarif akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal ini sekiranya pembinaan sudah dimulakan,” katanya.

Tarif itu dijangka memberi kesan kepada negara seperti India, yang merupakan pembekal utama farmaseutikal ke AS.

Syarikat farmaseutikal Jerman juga bimbang kerana pasaran AS merupakan pasaran eksport terpenting mereka, merangkumi hampir satu perempat daripada jumlah eksport farmaseutikal Jerman.

Sumber: BERNAMA-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved