Jumaat lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa “Tarif Trump” yang diumumkan Presiden Trump tahun lalu adalah tidak sah. Mahkamah menyatakan tiada bukti wujudnya “darurat ekonomi” yang membolehkan penggunaan IEEPA. Presiden Trump segera mengeluarkan arahan eksekutif mengenakan tarif 10% ke atas semua barangan import memasuki Amerika Syarikat.

Tetapi semalam beliau mengeluarkan arahan baharu yang meningkatkan tarif kepada 15% pula ke atas semua barangan yang diimport masuk. Tindakan beliau yang cacamerba dan cukai dikenakan serta merta menyebabkan pasaran saham Amerika Syarikat dibuka rendah hari ini dengan saham syarikat teknologi majoritinya menunjukkan penyusutan nilai.
Bagi Malaysia cukai baharu 15% masih lebih rendah berbanding 19% yang dipersetujui Trump selepas beliau menghadiri persidangan kemuncak ASEAN pada Oktober lalu. Sejak Tarif Trump diperkenalkan, kerajaan A.S mengambil $175 bilion yang kini perlu dipulangkan semula.
