Trump Umum Ujian Senjata Nuklear Baharu Dilaksanakan Segera

WorldPolitics
30 Oct 2025 • 5:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Umum Ujian Senjata Nuklear Baharu Dilaksanakan Segera

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama-dpa) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan ujian senjata nuklear baharu dimulakan dengan segera, dengan alasan bahawa beberapa negara lain turut menjalankan program ujian seumpama itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Memandangkan negara lain melaksanakan program ujian mereka, saya telah mengarahkan Jabatan Perang untuk memulakan ujian senjata nuklear kita pada tahap yang sama. Proses itu akan dimulakan dengan segera,” tulis Trump dalam hantaran di platform Truth Social pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jenis senjata yang akan diuji.

Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum Trump mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Korea Selatan.

Sumber: BERNAMA