Trump yakin perjanjian tamat perang Iran dicapai

WorldPolitics
28 Jul 2026 • 12:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump yakin perjanjian tamat perang Iran dicapai

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin menyuarakan keyakinan bahawa usaha diplomatik dengan Iran mampu menghasilkan satu perjanjian untuk menamatkan perang yang telah berlarutan selama beberapa bulan.

Namun, beliau  memberi amaran bahawa Washington akan menyambung semula serangan ketenteraan jika rundingan gagal.

“Saya mempunyai banyak kesabaran. Kita akan lihat apa yang berlaku. Saya fikir ada peluang yang baik sesuatu boleh berlaku,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat rasmi presiden, Air Force One ketika ditanya mengenai kemungkinan kemajuan dalam rundingan damai.

“Jika tidak, kita akan kembali melakukan apa yang kita lakukan dua hari lalu,” ujarnya.

Iran dan AS telah menghentikan serangan selama tiga hari berturut-turut selepas 13 malam serangan baharu Amerika, 

Penamatan serangan itusekali gus membuka ruang yang terhad untuk diplomasi susulan kegagalan perjanjian gencatan senjata terdahulu yang bertujuan membuka semula Selat Hormuz.

Trump berkata pemimpin Iran telah meminta satu pertemuan dan mendakwa bahawa satu-satunya sebab Teheran mahu bertemu adalah kerana AS telah menyerang mereka dengan sangat hebat

Bagaimanapun, Teheran sebelum ini menafikan bahawa rundingan secara langsung sedang berlangsung dengan berkata bahawa pihak pengantara hanya menyampaikan mesej daripada Washington. – AFP

 

The post Trump yakin perjanjian tamat perang Iran dicapai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved