Google Maps Untuk iOS Menambah Sokongan Mod “Inkognito”

TechnologyDigital
10 Dec 2019 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran ciri mod inkognito untuk pengguna Google Maps – sekaligus membolehkan pengguna lebih mengawal dan melindungi data privasi mereka.

Selepas diperkenalkan pada Android sebelum ini, hari ini Google telah mula memperkenalkan ciri yang lebih kurang sama untuk pengguna Google Maps pada peranti iOS.

image is not available

Melaluinya, kini pengguna boleh menekan pada gambar profil di Google Maps, dan seterusnya memilih untuk mengaktifkan mod inkognito.

Apabila mod ini diaktifkan, semua carian dan pelayaran tidak disimpan dan akan dipadam apabila pengguna beralih ke mod biasa kembali.

Bagi anda yang menggunakan Google Maps di iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menggunakan ciri baru ini.