TT Vision menang kontrak RM7.11 juta bekalkan peralatan pemeriksaan sel solar

LocalBusiness & Finance
30 Dec 2025 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TT Vision menang kontrak RM7.11 juta bekalkan peralatan pemeriksaan sel solar image is not available amree30/12/2025 - 17:50 Oleh Amree Ahmad amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 DisTT Vision Holdings Berhad memperoleh beberapa tempahan pembelian daripada salah satu pelanggan utama syarikat tersebut dengan nilai keseluruhan kira-kira RM7.11 juta.


Kumpulan berkenaan menambah, kontrak baharu tersebut melibatkan pembekalan sejumlah peralatan pemeriksaan sel solar dan kerja-kerja dijangka perlu disiapkan hanya dalam tempoh tiga bulan.


Tender terkini itu diterima oleh anak syarikat milik penuhnya, TT Vision Technologies Sdn Bhd, dan dijangka tidak memberi kesan terhadap modal saham serta pegangan pemegang saham utama kumpulan.


"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026," maklum TT Vision kepada Bursa Malaysia hari ini.


Dari segi risiko pula, kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang masalah luar biasa selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan pembekalan produk, dan akan mengambil langkah yang sewajarnya.


Selain itu jelasnya, lembaga pengarah turut menegaskan yang kontrak tersebut adalah sebahagian daripada urusan biasa perniagaan dan selaras dengan kepentingan terbaik kumpulan berkenaan.


Pada masa sama, tiada mana-mana pengarah atau pemegang saham utama yang mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard