Kemaskini Emoji Unicode 14.0 Tangguh Selama 6 Bulan

TechnologyDigital
9 Apr 2020 • 5:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Krisis COVID-19 nampaknya memberi impak negatif kepada banyak pihak. Disebabkan wabak ini juga, Unicode kini memaklumkan bahawa kemas kini emoji untuk Unicode 14.0 terpaksa ditangguhkan selama enam bulan dari Mac 2020 sehingga September 2020. Kelewatan ini juga akan memberi kesan kepada sejumlah data berkaitan seperti aksara emoji baru.

image is not available
Menurut Jeremy Burge, ini bermakna apa sahaja emoji yang ada pada kemas kini Unicode 14.0 (masih dalam pembangunan) tidak akan tersedia ke platform utama sehingga 2022. Bagaimanapun, penangguhan ini tidak akan menjejaskan emoji baru yang termasuk dalam versi Unicode 13.0.

Sekadar makluman, Unicode telah memperkenalkan sebanyak 117 sampel emoji yang terdiri daripada 65 emoji baru dan 52 variasi emoji tambahan menerusi kemas kini ini. Emoji tersebut termasuklah ninja, lelaki dengan selendang, sejumlah haiwan baru dan banyak lagi.