TTIA Kembali Untuk 2026 – Hantar Produk Dan Startup Teknologi Anda Untuk Bersaing Menangi Anugerah!

TechnologyStartup
14 Oct 2026 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TTIA Kembali Untuk 2026 – Hantar Produk Dan Startup Teknologi Anda Untuk Bersaing Menangi Anugerah!

TTIA atau Top Tech Innovation Awards kini kembali lagi untuk tahun 2026, dan merupakan kali ke-4 ia dianjurkan. Seperti pada namanya, anugerah ini menghargai pelbagai produk, perkhidmatan dan startup berasaskan teknologi dalam membawa inovasi dan memacu transformasi di Malaysia.

Image from: TTIA Kembali Untuk 2026 – Hantar Produk Dan Startup Teknologi Anda Untuk Bersaing Menangi Anugerah!

Anugerah ini juga turut mengangkat produk-produk tempatan yang bertaraf global dan dibangunkan untuk pasaran antarabangsa. Sebanyak 6 anugerah disediakan dibawah TTIA 2026, iaitu Best Tech-Driven Business Transformation, Best Growth Startup Company, Most Impactful Industry-Academia Collaboration, AI * Automation Excellence, Sustainability & Growth Tech Leader, Deep Tech Disrupter, dan juga Best Use of Open Data.

Image from: TTIA Kembali Untuk 2026 – Hantar Produk Dan Startup Teknologi Anda Untuk Bersaing Menangi Anugerah!

Bagi anda yang membangunkan produk atau perkhidmatan teknologi, atau turut mengintegrasikan teknologi dalam menambah-baik operasi syarikat, boleh mendaftarkan diri menyertai TTIA 2026 hari ini. Cepat, memandangkan tarikh tutupnya adalah pada 31 Oktober 2026. Daftar hari ini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved