“Tu Biar Saya, Isteri Dan Tuhan Saja Tahu” – Punca ‘Free Hair’ Dirahsiakan, Haqiem Halang Isteri Ditemubual

Entertainment
31 May 2023 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedar isteri, Anis Sofea menerima kecaman teruk daripada warganet susulan tindakannya membuka tudung, namun penyanyi, Haqiem Rusli memilih untuk tidak mendedahkan sebab sebenar isteri tidak lagi mengenakan hijab.

Menurut penyanyi tersebut, hal tersebut tidak molek untuk dipanjangkan dan lebih baik ia menjadi ‘rahsia’ antara mereka sebagai pasangan suami isteri saja.

Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)

Dalam pada itu, Haqiem turut mengakui bahawa dia serta isteri tidak berada di pihak yang benar dan segala nasihat sentiasa diterima dengan hati terbuka.

Difahamkan, sebelum pihak Gempak menemubual Haqiem, mereka ada berjumpa dengan Sofea untuk diwawancara, namun dihalang oleh penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, Sofea membuat peminat ‘terkedu’ selepas memadam semua foto-fotonya di laman Instagram dan memuat naik gambar dirinya free hair.

image is not available 1 bulan lalu

"Saya Terima Ujian Ni, Saya Dah Cuba Jadi Suami Yang Baik Kepada Anis" - Haqiem Rusli Jawab Isu Isteri 'Free Hair'