“Tu Botol Shindong…” Peminat Teruja Dapatkan Botol Air Diminum Super Junior

EntertainmentMusic
12 Oct 2022 • 2:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-gara takut Super Junior tidak kembali ke Malaysia, seorang peminat minta tolong kru konsert ambilkan botol minuman yang diminum oleh ahli kumpulan itu, Shindong semasa konsert selesai diadakan.

Setelah hampir tiga tahun tidak berkunjung ke Malaysia, konsert Super Junior Super Show 9: Road in Kuala Lumpur telah dipenuhi lebih 10,000 peminat dikenali sebagai Everlasting Friends yang diadakan di Axiata Arena pada Isnin.

Tular di media sosial, video berdurasi 19 saat itu menunjukkan kegembiraan seorang peminat yang sanggup mengambil barang yang dipegang oleh artis kpop itu.

Menerusi video yang dikongsikan @muhaimunahmutalib, dia meminta pertolongan petugas yang berada berdekatan dengan pentas untuk mengambilkan botol minuman Shindong untuk diberikan kepadanya.

Mujur petugas lelaki itu sanggup menolongnya dengan mengambil botol itu dan menyerahkannya kepada peminat tersebut.

Dalam pada itu, terdengar teriakan peminat ketika petugas mengambilnya seperti yang diminta ekoran berasa teruja berebut botol minuman tersebut, namun lelaki itu memberikan keutamaan kepada pemilik TikTok berkenaan.

“Saya yang minta,” kata salah seorang peminat.

“Tu botol Shindong,” ujar peminat.

Ternyata sindrom kpop itu benar-benar berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan rata-rata orang ramai memberi komen bertanyakan sekiranya dia ingin menjual botol tersebut.

image is not available
Tangkap Layar Tiktok

image is not available
Tangkap Layar Tiktok

Walaupun konsert tersebut diadakan pada Isnin, namun perkara itu tidak mematahkan semangat peminat ELF untuk datang dan menjenguk idola kesukaan mereka.

Konsert itu menampilkan lapan anggotanya iaitu Eunhyuk, Leeteuk, Ryeowook, Kyuhyun, Shindong, Siwon, Donghae dan Yesung.

Aksi persembahan yang ditampilkan oleh kumpulan itu masih cukup bertenaga walaupun masing-masing kini sudah mencecah umur lewat 30-an.

Sebanyak 30 buah lagu ditampilkan dalam konsert yang berlangsung selama tiga jam termasuk lagu rancak, balada dan juga turut melakukan persembahan ‘broadway’.

Video penuh boleh ditonton di bawah.

Sumber: Tiktok / @muhaiminahmutalib