“Tu Hanya Firasat Saya” – Tuduh Bekas Isteri Hamil Anak Lelaki Lain, Tegar Tak Pasti Dakwaan Sahih Atau Tak

Entertainment
27 Jan 2023 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi berasal dari negara Indonesia iaitu Tegar Septian mendedahkan di live TikTok bahawa anak bersama bekas isteri bukanlah darah dagingnya.

Tetapi baru-baru ini, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan bahawa anak terbabit merupakan anak bekas isteri bersama lelaki lain.

Menurut Tegar, dia mendakwa hal terbabit hanya mengikut naluri sendiri serta atas desakan daripada para netizen.

Itu hanya firasat saya. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kerana terlalu peribadi. Saya ‘dipancing’ oleh netizen.

Difahamkan, bekas peserta Big Stage 2022 itu telah menjelaskan perkara tersebut sewaktu menghadiri sebuah program bual bicara sebagai tetamu.

Namun begitu, Tegar terbuka hati untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi betul-betul mendapatkan kepastian.

Sekadar info, Tegar dan bekas isteri, Sarah telah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2020 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang berumur tiga tahun.

image is not available 3 minggu lalu

"Saya Berani Buat Test DNA" - Tegar Baru Tahu Anak Bersama Bekas Isteri Bukan Anak Kandung