“Tu Jelah Kerja Kau Nab” – Netizen Menyampah Dengan ‘Gimik’ Nabila Razali, Risau Kedudukan Tangan Dekat MK

Music
29 Nov 2022 • 2:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara memadam semua fotonya di Instagram dan memuat naik gambar memaparkan dia menggayakan gaun berwarna putih bersama seorang lelaki, penyanyi Nabila Razali mencetuskan persoalan.

image is not available 2 minggu lalu

"Entah-Entah Jodoh" - 'Upload' Video Sambut Hari Lahir, Nabila Razali Sekali Lagi Digosipkan Dengan Aedy Ashraf

Menerusi photo collage yang dikongsi pelantun lagu Peluang Kedua itu, dia dilihat berdiri rapat berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan wajahnya.

Hari ini Nabila berkongsi ternyata lelaki yang turut menggayakan seluar dan baju berwarna putih itu adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Bagaimanapun, menerusi Twitter perkongsian Nabila itu tidak membuatkan netizen terkejut sebaliknya berasa ‘muak’ dan bosan dengan mendakwa ia hanyalah gimik semata-mata.

Menerusi tweet daripada Nabila itu, ada yang mengucapkan tahniah seolah-olah penyanyi tersebut sudah selamat berkahwin dengan lelaki pilihan hati.

Namun, ramai yang meluahkan rasa menyampah kerana Nabila sering membuat gimik setiap kali dia mahu mempromosikan lagu baru.

image is not available

Ada yang turut mengungkit tentang gimiknya beberapa tahun lepas ketika mahu promote lagu Pematah Hati di mana dia membuat video menangis kerana ‘dikecewakan’ oleh Aedy Ashraf.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut membangkitkan tentang posisi kedua-dua tangan Nabila yang terlalu rapat dengan bahagian sulit MK.

image is not available

image is not available

View Original Article