“Tu Kan Tempat Sarah Berlegar-Legar..” – Ada Netizen Tak Setuju Shuib Ubah Suai Rumah?

29 Sep 2022 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelawak serta penyampai radio, Shuib Sepahtu ada memaklumkan bahawa kini kediamannya di Puchong, Selangor sedang diubai suai dan lantai rumahnya dipecahkan untuk diganti dengan lantai baru.

Sememangnya hal itu merupakan satu perkara yang normal untuk seseorang mengubah suai rumah sendiri tetapi terdapat satu komen daripada seorang wanita ini yang berasa ‘tidak puas hati’ telah menarik perhatian ramai.

image is not available

Menurut individu berkenaan, Shuib tidak sepatutnya mengganti lantai rumahnya kerana itu merupakan tempat Allahyarham Siti Sarah berjalan serta bergelar suatu ketika dahulu.

Susulan itu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik ciapan tangkap layar komen tersebut hingga menjadi tular di platform tersebut.

Menurut pengguna yang memuat naik tangkap layar tersebut, individu terbabit tidak perlu untuk berkata seperti itu dan minta dia untuk move on dari perkara yang sudah lepas.

Bukan saja pengguna tersebut yang rasa seperti itu, malah netizen lain juga merasakan ‘orang luar’ yang selalu berlebihan, sedangkan tuan empunya badan tidak berfikir seperti apa yang didakwa pun.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Carilah Yang Pakai Sopan Sikit" - Netizen Tak Setuju Shuib Dan Watie Ada Hubungan

View Original Article