“Tua Saja Tak Cerdik” – Tindakan Zul Yahya Kutuk Bangsa Sendiri Undang Kecaman

14 Dec 2023 • 3:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seperti yang umum sedia maklum, pelakon veteran Zul Yahya sudah lama menyepi dari dunia seni hiburan dan kini sedang menjalankan bisnes.

Dia juga aktif berdakwah dan kadang kala bersuara mengenai isu semasa termasuk politik.

Terbaru, pelakon yang pernah membintangi drama Papaya ini dikritik hebat netizen selepas memuat naik status provokasi di Facebook.

Tulisnya, bangsa Melayu banyak dikaitkan dengan isu rogol anak sendiri, menipu, hasad dengki, suka berpecah belah dan tak boleh ditegur.

image is not available

Di ruangan komen, netizen nampaknya tak berpuas hati dan mempersoalkan bangsa sebenar pelakon itu. Kata netizen lagi, perbuatan buruk seseorang tak bergantung kepada bangsa atau agama sebaliknya perangai sendiri.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Setakat ini, hantaran tersebut mendapat lebih 300 komen daripada netizen. Rata-ratanya tidak bersetuju dan menyelar tindakan pelakon yang seperti cuba menjatuhkan bangsa sendiri.

Kredit: Facebook Zul Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article