Tuah but biru Salah

Football
2 Jan 2024 • 11:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salah meledak dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan Newcastle awal pagi Selasa. Foto Agensi

TINDAKAN pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah menukar but selepas keluar dari bilik persalinan menarik perhatian peminat di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa.

Sejak awal permainan, pemain Mesir itu dilihat memakai but berwarna kuning, namun menukar but biru ketika membantu The Reds menewaskan Newcastle 4-2 untuk meraih kelebihan tiga mata sebagai pendahulu liga.

"Salah tukar but pada separuh masa kedua," tulis Saysbowo menerusi laman X.

"Salah ledak gol dengan but baharu," catat Lilreene88.

Malah pemain berusia 31 tahun itu turut mengakui langkah menukar but ketika rehat membawa tuah buatnya selepas menyumbat dua gol pada babak kedua.

Sepakan penalti Salah pada separuh masa pertama diselamatkan oleh penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka.

"Penalti pertama saya gagal menggunakan but yang baru digunakan ketika berlatih semalam (Isnin).

"Ia bukan tahyul kerana saya menggunakan banyak but tetapi ketika berasakan kurang yakin, saya tukar dengan but baharu," ujar Salah.

Dalam aksi itu, Salah turut memainkan peranan ketika membantu Curtis Jones dan Cody Gakpo menyumbat gol pada minit ke-74 dan 78, manakala jaringan pasukan pelawat pula hasil sentuhan Alexander Isak dan Sven Botman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved