‘Tuah’ Taruh Nombor Plat Kereta Baru Anak, Seorang Tukang Kayu Menang Jackpot RM13.6 Juta

12 May 2023 • 5:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pesara itu memenangi RM13.6 juta setelah bertaruh nombor plat pendaftaran kereta anak lelakinya

‘Tuah’ Taruh Nombor Plat Kereta Baru Anak, Seorang Tukang Kayu Menang Jackpot RM13.6 Juta. Dilaporkan seorang pesara tukang kayu berusia 77 tahun telah memenangi Toto 4D Jackpot 1 berjumlah RM13.6 juta.

Difahamkan, warga emas itu telah menaruh nombor plat pendaftaran kereta baharu dua anak lelakinya.

image is not available
‘Tuah’ Taruh Nombor Plat Kereta Baru Anak, Seorang Tukang Kayu Menang Jackpot RM13.6 Juta

Tak pernah terlepas main Toto

Menurut laporan, warga emas dari Kuala Lumpur itu (yang tidak mahu dikenali) telah bermain Toto untuk masa yang lama.

Dia berkata, walaupun rakan-rakannya meragui usahanya, dia percaya bahawa dia masih mempunyai peluang untuk menang setiap kali dia bermain.

Difahamkan, warga emas itu sering bertaruh pada nombor plat kereta anak-anaknya selama ini tetapi tidak pernah memenangi apa-apa sebelum ini.

Apabila dua anak lelakinya membeli kereta baharu baru-baru ini, warga emas itu memutuskan untuk bertaruh pada nombor plat kenderaan mereka iaitu 2425 dan 2085.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

“Kedua-dua nombor itu membawa tuah kepada saya.”

Mengenai kemenangannya, ibu tua itu berkata bahawa nombor plat kereta anak-anaknya membawa tuah kepadanya selepas bertahun-tahun bermain Toto.

Tiket RM2nya akhirnya memenanginya RM13,581,288.80 dan dia bercadang untuk berkongsi kemenangan itu dengan dua anak lelakinya yang membawa tuah kepadanya.

Lagi di sini: