
PENAMPANG: Timbalan Setiausaha GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata zaman di mana parti atau gabungan tertentu di semenanjung boleh mendakwa bahawa merekalah yang bertanggungjawab melantik seseorang wakil rakyat atau Ketua Menteri Sabah sudah berlalu.
“Kita sudah bergerak ke hadapan. Inilah haluan kita. Kita tidak mahu terus mendengar dakwaan seperti itu. Yang lepas biarkan berlalu. Apa yang penting sekarang ialah hala tuju yang kita ambil.
“Kita dapat dengar dalam ucapan, mereka (parti/gabungan berpusat di Malaya) sebut telah angkat Hajiji menjadi wakil rakyat, pilih Hajiji sebagai Ketua Menteri. Ini yang perlu kita ubah dalam politik Sabah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Berada dalam gabungan dan parti nasional, pasti timbul sentimen sebegitu. Ini kerana, untuk menjadi calon pilihan raya, pilihan dan watikah akan dikeluarkan oleh pimpinan dari Semenanjung.
“Calon Ketua Menteri pula adalah daripada ketua pimpinan di negeri, yang juga dilantik oleh pimpinan dari Semenanjung. Maka, siapa juga dipilih akan dituntut untuk setia dan patuh kepada pimpinan utama parti di sana.
“Ini berbeza dengan parti lokal, calon-calon diputuskan dan watikah dikeluarkan oleh ketua parti lokal sendiri dan Ketua Menteri adalah kalangan ketua parti-parti lokal yang dipilih oleh orang Sabah sendiri,
“Sudah tiba masa kita hantar isyarat, bahawa ‘Tuan’ yang sebenarnya bukan di sana (semenanjung), tetapi di Sabah dan rakyat Sabah adalah ‘Tuan Besar’,” Kenapa saya gunakan perkataan ‘tuan’? Itu cerita untuk lain kali,” kata Armizan dalam sidang media selepas merasmikan Festival Kepenggunaan 2025 (Confest 2025) di ITCC, di sini, Ahad.
Beliau merujuk kepada dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sandakan pada Sabtu yang mendakwa Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengkhianati PN dengan menyokong Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum lalu.
Armizan berkata walaupun adalah hak individu untuk menyertai parti atau gabungan nasional, GRS telah memilih untuk merintis haluannya sendiri demi masa depan.
Sementara itu, katanya, GRS tidak pernah ada perancangan langsung untuk bekerjasama dengan Perikanan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.
Sebaliknya, katanya, pendirian Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menolak kerjasama dengan GRS, sebenarnya memudahkan GRS.
Sehubungan itu katanya, GRS berterima kasih kepada Muhyiddin kerana secara langsung telah memaparkan hakikat bahawa tidak akan pernah ada cadangan kerjasama antara PN dan GRS.
“Pendapat peribadi saya, dengan kenyataan PN tolak kerjasama dengan GRS, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana beliau memudahkan urusan kita.
“Ini kerana tanpa kita perlu jelaskan, beliau secara langsung memaparkan hakikat bahawa tidak pernah ada cadangan kerjasama di antara kedua-dua pihak.
“Ini memudahkan kerja kita kerana GRS tidak perlu membuat kenyataan menolak kerjasama dengan pihak-pihak tertentu, nanti kita nampak angkuh dan sombong. Biar orang lain bercakap, dan kita alu-alukan.
“Sememangnya GRS tiada rancangan langsung untuk bekerjasama dengan PN, justeru tanpa diminta, Barisan Nasional (BN) Sabah dan terkini PN telah menyatakan pendirian menolak GRS,” katanya mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa PN menolak bekerjasama dengan GRS pada PRN ini.
Muhyiddin semasa berucap di satu majlis PN, baru-baru ini berkata, pendirian itu dibuat ekoran ‘pengkhianatan’ GRS selepas keluar daripada PN dan membentuk kerajaan negeri.



