“Tuan Lembu Pun Lembu” – Dibiar Berkeliaran, Netizen Naik Berang Tengok Padang Bola Penuh Tahi

24 Jun 2022 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah perkongsian video di media sosial Twitter menjadi tular berikutan sikap pemilik haiwan ternakan yang membiarkan lembu-lembu mereka berkeliaran dan meninggalkan najis di kawasan persekolahan.

Dalam video tersebut, lembu-lembu itu tidak diketahui siapakah tuannya telah berkeliaran di kawasan padang sebuah sekolah dan membuang hasil kumuhan di situ selama lebih 6 bulan.

Berikutan itu, pelajar sekolah berkenaan terpaksa membuang najis lembu sebelum mula beraktiviti seperti bermain bola sepak dan sebagainya.

Difahamkan, lokasi kawasan terjejas adalah di Kampung Padang Lalang, Termeloh, Pahang.

Individu yang memuat naik video berkenaan juga memohon pemilik haiwan ternakan itu agar mengambil dan meletakkan lembu-lembu itu di kawasan yang sepatutnya agar insiden seperti ini tidak lagi berulang kerana telah menyusahkan ramai orang terutamanya para pelajar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tumpang bersimpati dengan keadaan itu dan berharap pemilik lembu itu agar segera tampil berikutan ia sudah lama terjadi.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ada juga yang memberi cadangan agar menyewa lori dan mengangkut kesemua lembu itu dan kemudiannya dijual sahaja.

“Sangat tidak bertanggungjawab. Kenapa kebanyakkan pemilik haiwan ternakan ini selalu lepaskan lembu pergi merata tempat? Menyusahkan orang malah boleh mengakibatkan kemalangan.” komen seorang netizen dalam hantaran itu.

image is not available 23 jam lalu

"Siap Bela Ayam, Karaoke Pukul 2,3 Pagi" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Kawasan Flat B40