Tuaran tanpa tantagas

14 Mar 2024 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEDANG kita semua dalam suasana Ramadan yang barus sahaja bermula, persediaan untuk Pesta Kaamatan sudah pun bermula di kawasan-kawasan tertentu, termasuk dengan panggilan oleh para penganjur memperlawa mana-mana peserta pertandingan-pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti.

Suasana Pesta Kaamatan sememangnya, dalam amalan agama animisme, melibatkan tradisi pemberkatan sawah padi oleh para tantagas (pengacara momolian).

Bila kita fikirkan hal ini rasa sedih pasti akan menggerak hati kecil kita dalam memikirkan betapa perubahan zaman memaksa kita meninggalkan amalan kerohanian para moyang yang telah menjadi asas kepercayaan, falsafah, amalan hidup – malah menjadi tunjang tamadun kita sebagai orang asal – sejak zaman berzaman.

Saya, dan orang-orang yang sebaya, adalah generasi yang cukup beruntung kerana kami adalah generasi yang telah melalui dua zaman, iaitu zaman pra-merdeka dan zaman pasca merdeka.