Tuaran TSV juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Campuran KDM Malaysia 2022

20 Jun 2022 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tuaran TSV muncul sebagai juara dengan menewaskan KDM Penampang 3-1 di final Kejohanan Bola Sepak Veteran Campuran KDM Malaysia 2022 di Stadium Penampang pada Sabtu lalu.

Bekas pemain Badak, Zuraindey Jumai menjadi wira pasukan selepas meledak dua gol dengan satu lagi dijaringkan oleh Matzlin Ibrahim, sementara Presley Anthony menjaringkan gol tunggal KDM Penampang.

Dengan kemenangan itu, Tuaran TSV membawa pulang RM10,000 manakala finalis yang tewas menerima RM6,000.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Papar Veteran menewaskan NVLT Nabawan 3-1 untuk membawa pulang RM4,000. Nabawan menerima RM2,000.

Sementara itu, Zuraindey turut memenangi anugerah kasut emas dan rakan sepasukan Afizan Paka dinamakan sebagai penjaga gol terbaik sementara pertahanan terbaik diberikan kepada Martin Sulaiman dari KDM Penampang.

Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama persatuan bola sepak daerah Pedalaman Atas dan Penampang yang menawarkan hadiah tunai sejumlah lebih RM20,000. Majlis penutupan dirasmikan oleh Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony dan turut hadir ialah setiausaha politik kepada Ketua Menteri Datuk Kassim Razali.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.