
Kota Kinabalu: Sudah tiba masanya bagi Sabah menubuhkan badan pemikir bagi memajukan industri perfileman di Negeri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.
“Saya fikir adalah penting bagi badan pemikir sebegini ditubuhkan di Sabah. Ini adalah kali ketiga saya melawat Sabah dan saya dapati Negeri ini mempunyai kumpulan bakat yang hebat,” katanya selepas tayangan pratonton dokumentari The Inherent Tribe: Tatana, di sini, Sabtu lepas.
“Saya rasa ada ramai rakyat Sabah yang mempunyai bakat besar tetapi ekosistemnya tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.

