Tubuh geng ‘Old Money’, netizen tuduh Andika Putera tak faham konsep

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 12:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Andika Putera tak faham konsep

Netizen tuduh Andika Putera tak faham konsep susulan tindakan pempengaruh media sosial itu menubuhkan komuniti ‘Old Money’ baru-baru ini.

Sebelum ini, Andika telah memuat naik video di Tiktok memaparkan kelab beberapa ahlinya yang memakai pakaian yang pempengaruh itu gelar sebagai penampilan ‘Old Money’.

Andika Putera tak faham konsep ‘Old Money’

@andikaputeraa

Geng baru Old Money Baru je Dika tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang joindekat 300 lebih ahli dah. Akmal ni pun salah seorang ahli dalam komuniti Dika turun KL haritu join photoshoot untuk Old Money Club. Alang-alang dah sama-sama join Dika photoshoot, Dika ajak dia untuk tangkap reaction orang sekeliling. Jom tengok Komen kalau suka Old Money #oldmoney #komuniti #club #fyp #viral #tiktok

♬ original sound - Andika Putera - Andika Putera

Pada video tersebut, Andika sedang memperkenalkan ahli baharu komunitinya disamping turut merakam beberapa reaksi orang ramai di sekitar ibu kota.

Susulan itu, rata-rata warga maya tidak menyokong kewujudan komuniti tersebut di Malaysia kerana ia tidak memaparkan konsep ‘Old Money’ yang sebenar.

Tubuh geng ‘Old Money’, Andika Putera tak faham konsep

image is not available

Menerusi satu hantaran di X, saifulhisyam telah memuat naik semula video Andika dan berkata wang tidak boleh beli semua benda termasuk citarasa.

image is not available

Katanya lagi, gaya yang digelar sebagai elitisme kelas atasan itu juga mendapat kritikan daripada warga di barat walaupun ia berasal dari kawasan tersebut.

“Bila ada duit tapi tak boleh beli citarasa (class).

“Bila nak cuba mengenakan gaya elitisme kelas atasan (ya, ia ada konotasi negatif di barat pun) knitwear atau cashmere di leher ni, bukan di negara tropika bang. Berlecak kesudahannya,” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan tersebut disamping berkata ‘Old Money’ di Malaysia lebih suka merendah diri.

Old Money ni kaya sejak keturunan tok nenek moyang mak ayah

image is not available

Andika Putera tak faham konsep la tu

image is not available

‘Old Money’ tak jalan2 macam kedai thrift

image is not available

‘Old Money’ ni kena lahir keluarga yang memang dah kaya

image is not available

‘Old Money’ takde berusaha nak tunjuk kaya

image is not available

‘Old Money’ ni cuba jadi marhaen pun masih nampak aura tu

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang berkata gaya pakaian seperti itu tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia disamping turut menunjukkan salah seorang daripada ahli komuniti itu jelas-jelas berpeluh.

Ada sorang tu memang dah berlecak ketiak

image is not available

Semua tengok dorang ni sangat berpeluh

image is not available

Orang tengok bukan teruja tapi rasa panas

image is not available

Berkicap ketika pakai macam tu

image is not available

Sebelum ini, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika berkata dia menubuhkan komuniti ‘Old Money’ beberapa hari lepas.

Menurutnya, komunitinya sudah memiliki ahli lebih daripada 300 orang walaupun belum sampai seminggu usia penubuhannya.

image is not available

“Baru je saya tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang join, dekat 300 lebih ahli dah,” ujarnya.